Monday, 4 May 2015

KEBAIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK



 Pengenalan :-

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. 

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreati

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Teknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden /elektronik seperti komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumat melalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, video conferencing, CD, multimedia. ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.

Matlamat ICT Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat.  Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital dapat menyediakan persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak. Ng Wai Kong, 1999 . Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuari yang ada dalam diri kanak-kanak. Bill Gates, 1999

Apa dia ICT? Information & Communication Technology Teknologi Maklumat dan Komunikasi Suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya. Data yang tersusun. Proses saling menghantar dan menerima maklumat. Apa dia ICT? Manusia Alat Tatacara Sumber SISTEM Hard Technology Soft Technology. Apa dia ICT? Komputer Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat & Komunikasi. Alat P&P Kurikulum PPBK Multimedia Internet Prasekolah ICT Dalam Pendidikan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Teknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden /elektronik seperti komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumat melalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, video conferencing, CD, multimedia. Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang , bersesuaian , dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P Konsep penggunaan ICT dalam P&P. ICT untuk pembelajaran tutoran ICT untuk pembelajaran penerokaan ICT sebagai aplikasi ICT sebagai pemudah komunikasi Adapted from Barbara Means classifications of technology use in learning, 1994 Pendekatan penggunaan ICT dalam P&P Kategori pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran  ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutoran ini merangkumi: Pembelajaran ekspositori – penjelasan terperinci Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem, Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem ICT untuk Tutoran  Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, gerbang maklumat dll. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid ICT untuk Penerokaan. 

 ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p . ICT sebagai Aplikasi ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. ICT sebagai Pemudah Komunikasi. Di mana kita? Prinsip penggunaan ICT ialah supaya pembelajaran yang optimum berlaku. terancang , sesuai dan berfikrah Bergantung kepada infrastuktur , perkakasan dan perisian yang ada.

KENAPA PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI? 
Pendekatan ini digunakan untuk: Membantu proses pengajaran dan pembelajaran; Memperolehi maklumat; Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya; dan Memperkayakan pengalaman pembelajaran ~Petikan drp Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

CIRI CIRI KANAK KANAK PRASEKOLAH 
Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih mengunakan deria (penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak kanak (immediate perception) Pengetahuan kanak- kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dengan cara mudah 

PERKEMBANGAN OTAK KANAK KANAK PRASEKOLAH 
Otak kiri khusus dalam resepsi (penerimaan) - pendengaran, dalam bahasa bercakap dan membaca dan mengira Otak kanan khusus dalam persepsi dan interpretasi (tanggapan & terjemahan) Umur 5 tahun otak kiri dan kanan sudah ada kordinasi Kedua otak perlu dirangsang melalui pelbagai aktiviti dan ICT boleh membantu nya. Manfaat penggunaan ICT dalam P&P Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran Memberi peluang pembelajaran yang sama Meningkatkan motivasi Membolehkan pembelajaran kendiri Mengakses maklumat yang sukar diperolehi Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar Melaksanakan eksperimen yang mahal, mustahil dan bahaya Meningkatkan kreativiti dan imaginasi Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum Meningkatkan kemahiran ICT


 KELEBIHAN ICT DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN.
1.         Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif.
2.         Penilaian dapat dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
3.         Bahan dapat digunakan berulangkali.
4.         Bahan boleh digunakan di mana kaedah tradisional tidak dapat dijalankan.
5.         Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.


KEBAIKAN MENGUNAKAN ICT
Penyertaan aktif oleh kanak kanak Mengikut kadar kebolehan sendiri Pengulangan kerja memberi pengukuhan Berkerjasama - pembelajaran koperatif Meneroka –dibidang baru Pengalaman konkerit – deria Interaktif – antara komputer & kanak kanak Latih tubi – tanpa jemu oleh komputer 

KEBAIKAN MENGUNAKAN ICT DENGAN STAIL BELAJAR KANAK-KANAK 
Latih tubi-untuk meningkat kemahiran Latihan tutorial – untuk pemulihan Memberi simulasi keadaan tertentu Merasai suasana sebenar (gambar/grafik) Guna untuk tujuan khusus: Membetul perkataan Menyemak ejaan
jawapan.

Kelebihan ICT Dalam P&P: 
1. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan.
2. Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding
    tradisional. 
3. Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
4. ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara
    aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala. 
5. Ia menarik kerana bercorak interaktif. 
6.Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
7.Bahan dapat digunakan berulangkali .









KEBURUKAN ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka. 
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu bapa yang sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat namun mereka lupa memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada pengasuh yang digaji di rumah. Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru melihatnya namun jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak kita. Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam komputer.
Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu.
Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negative itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.

Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran. 
Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka. 
Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalhui pengalam mereka disekeliling.
Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.
Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan diksi.

Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.Kay (1990) merumuskan bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow (1991: 165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar seperti kementerian pendidikan.Matlamat utama pengintegrasian teknologi adalah untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata.

Intihanya, ICT sememangnya membawa kebaikan kepada kita namun terdapat keburukan dalam penggunaan ICT sekiranya diabaikan begitu sahaja boleh memberikan kesan yang negative kepada kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT . Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepasa semua guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur kebelakang dan tidak dapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanaya tidak dapat memajukan negara

No comments:

Post a Comment